Friday, 28 September 2012

Cara Terbaik Melawan Hawa Nafsu Wanita

Assalamualaikum blog tercinnnta!
hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang baik untuk diri saya dan insya-Allah anda semua :)


a) Menuntut Ilmu
Setiap wanita digalakkan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat , dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosi setiap saat.
Ilmu itu adalah makanan akal , fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan kearah mencari iktibar , hikmah serta pengajaran dari Al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ,


"Berfikir sesaat , lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk."


Dengan meningkatkan daya fikiran , gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :


"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan , maka diberinya faham dalam agama."


b) Mendapat Bimbingan Lelaki
Mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu. jalan terbaik untuk mengendali wanita ialah dengan memimpin emosinya , hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru , bapa , keluarga , suami atau anggota masyarakat.

Ketika memimpin wanita seorang lelaki itu harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita itu ke arah lebih baik dan selamat.
Sering mengingatkan mereka tentang keburukan mengikutkan emosi dan hawa nafsu , jangan biarkan mereka berkhayal dengan kenikmatan yang tidak memberi faedah pada dirinya dan orang lain , kata-kata nasihat adalah diperlukan oleh seorang wanita itu pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah"


c) Kemampuan Wanita Beribadah
Biarpun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang , zakat , puasa , dan haji , namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah , menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu , seperti waktu haid dan nifas , wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya.
Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita yang bertakwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.



d) Kemampuan Akal Dan Kehalusan Fikiran 

Wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu.

Ketika seorang wanita itu marah , tindakan keras sering melulu , menghukum , sewaktu ia simpati , terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga diluar garisan keadilan.
Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah , sedih , dendam , malu , rasa bersalah , kecewa , jemu , dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki , kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.



Dan sekian daripada saya orked. Ingatlah wahai teman-teman , tiada ilmu yang sia-sia apabila dicari dengan apa cara sekali pun. Kerana "Ilmu adalah sebaik-baik harta warisan"
``Wallahuaklam :)



No comments:

Post a Comment